Tuesday, October 2, 2012

Sambungan-Tajuk esei 2012.

Dimensi Soalan 3 ( Masyarakat dan Negara )

1. Jelaskan kepentingan memulihara dan memelihara tinggalan sejarah di negara. / Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengekal dan memulihara artifak,monumen dan bangunan bersejarah di negara kita.

2. Huraikan kepentingan awam di negara kita./ Langkah-langkah memupuk minat orang awam menggunakan pengangkutan amwam di negara kita.

3. Usaha-usaha untuk memajukan industri inap desa di negara kita.

Dimensi Soalan 4. ( Antarabangsa )

1. Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan aspek kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

2. Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak ketinggalan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa malapetaka di seluruh dunia.

3. Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti perlumbaan kereta Formula One',perlawanan bola sepak piala AFC dan perlumbaan basikal 'Le Tour De Langkawi wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurnya. Nyatakan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara penganjur.

Tajuk Penting Esei BM 2012

Karangan Bahan Rangsangan. Pelajar digalakkan membaca berdasarkan tajuk-tajuk berikut ;

1. Faedah menabung / Usaha-usaha menyemai amalan menabung dalam diri pelajar.
2. Usaha-usaha mengekalkan permainan tradisional di negara kita.
3. Faedah membawa bekal ke sekolah.
4. Kepentingan perpaduan kaum.
5. Nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja.

Tajuk untuk Bahagian B.(Hasil rumusan soalan percubaan seluruh negeri di Malaysia )

Dimensi Soalan 1 ( Diri dan Remaja )

1. Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu pencapaian anda amat penting sebelum anda mencari pekerjaan yang diingini. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.

2. Remaja kini gemar berhibur. Hal ini amat mmebimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan aset penting kepada negara. Bincangkan kesan gejala gemar berhibur kepada golongan remaja.

3. Menerusi Konsep 1Malaysia, kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai konsep 1Malaysia.

4. Dewasa ini masalah disiplin semakin serius dan boleh menjejaskan pencapaian akademik dan kokurikulum.Sebagai pelajar, anda berminat untuk menulis sebuah esei yang akan dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tajuk esei anda ialah 'Disiplin Asas Kejayaan'.

5. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

6. Semangat patriotisme perlu ada dalam generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

7. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar.

8. Usaha-usaha yang boleh diambil untuk menangani tekanan dalam kalangan remaja.

9. Remaja memberi sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Dimensi 2 ( Keluarga )

1. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan gaya hidup sihat. Berikan pendapat anda.

2. Minat membaca buku dalam kalangan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

3. Banyak pihak menyatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan keluarga. Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini.

Monday, August 20, 2012

Latihan Penulisan

Salam Kasih Untuk Semua Pelajar 5A dan 5C..

Berikut ada 2 latihan penulisan bahagian b,yang anda semua mesti siapkan ketika cuti ini.

1. Malaysia terkenal dengan pelbagai monumen dan artifak bersejarah.Lantaran itu,amat perlu pelbagai prakarsa utuh dijana supaya tinggalan sejarah ini kekal wujud sebagai warisan yang tidak ternilai. Bincangkan.

2. Kemajuan negara perlu didukung oleh kegiatan berasaskan biolembangan. Nyatakan usaha-usaha memajukan kegiatan biolembangan di negara kita.

Jangan lupa baca esei contoh dalam blog ini dan siapkan latihan tatabahasa dalam buku putih.

Berjuanglah anda untuk SPM 2012.

Sunday, April 29, 2012

Bersua Kembali

Salam Damai,
Selamat kembali menempuhi alam persekolahan bagi tahun 2012. Cikgu percaya murid-murid seantero Malaysia tidak sabar untuk meneruskan sesi persekolahan tahun ini. Pastinya tahun ini lebih mencabar kerana pelbagai perkara baru yang perlu direalisasikan oleh para pendidik dalam usaha memartabatkan mutu pendidikan negara ini di tahap cemerlang. Kepada semua rakan guru selamat mengajar, jadikanlah diri kita umpama permata yang bersinar terang walau berada di alam gelap.Untuk semua pelajar teruskan usaha kalian dalam mengejar piala kejayaan.Hingga bertemu lagi.