Karangan Bahan Rangsangan. Pelajar digalakkan membaca berdasarkan tajuk-tajuk berikut ;
1. Faedah menabung / Usaha-usaha menyemai amalan menabung dalam diri pelajar.
2. Usaha-usaha mengekalkan permainan tradisional di negara kita.
3. Faedah membawa bekal ke sekolah.
4. Kepentingan perpaduan kaum.
5. Nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja.
Tajuk untuk Bahagian B.(Hasil rumusan soalan percubaan seluruh negeri di Malaysia )
Dimensi Soalan 1 ( Diri dan Remaja )
1. Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu pencapaian anda amat penting sebelum anda mencari pekerjaan yang diingini. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.
2. Remaja kini gemar berhibur. Hal ini amat mmebimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan aset penting kepada negara. Bincangkan kesan gejala gemar berhibur kepada golongan remaja.
3. Menerusi Konsep 1Malaysia, kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai konsep 1Malaysia.
4. Dewasa ini masalah disiplin semakin serius dan boleh menjejaskan pencapaian akademik dan kokurikulum.Sebagai pelajar, anda berminat untuk menulis sebuah esei yang akan dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tajuk esei anda ialah 'Disiplin Asas Kejayaan'.
5. Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
6. Semangat patriotisme perlu ada dalam generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
7. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar.
8. Usaha-usaha yang boleh diambil untuk menangani tekanan dalam kalangan remaja.
9. Remaja memberi sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
Dimensi 2 ( Keluarga )
1. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan gaya hidup sihat. Berikan pendapat anda.
2. Minat membaca buku dalam kalangan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
3. Banyak pihak menyatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan keluarga. Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini.
No comments:
Post a Comment